Pemimpin Yang Kreatif dan Inovatif Pemacu Utama Mendepani Cabaran
MUKAH 25 JUN 2012 - Tema "Kepimpinan Kreatif dan Inovatif Menjana Transformasi Pendidikan Negara" amat tepat dan bersesuaian dengan dasar transformasi negara. Menurut Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, pemimpin yang kreatif dan inovatif akan menjadi pemacu utama untuk mendepani cabaran yang bakal mendatang. Menurut Yang Amat Berhormat lagi, Misi nasional iaitu ke arah merealisasikan Wawasan 2020 untuk mencapai status negara maju hanya berbaki beberapa tahun saja lagi. Untuk mempergiatkan ke arah wawasan tersebut, kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) dan bidang pendidikan merupakan NKRA ke-3 iaitu "Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan" agar kita menepati sasaran yang telah dirancang. Kepimpinan kreatif dan inovatif diharap dapat melonjakkan kecemerlangan pendidikan dan sekaligus melahirkan insan yang berdaya saing, berintelek, progresif dan bertatasusila tinggi. Menurut beliau lagi, ini adalah suatu harapan kerana kepimpinan yang berkesan melalui kreativiti dan inovasi akan berjaya merobah pemikiran yang jumud, sentiasa mencari usaha baru untuk terus maju seiring dengan kemajuan di seluruh dunia.Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud merakamkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan PPSMS atas kejayaan pengelolaan Persidangan Pengurusan Pendidikan pada tahun 2012. Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mengharapkan melalui persidangan ini diharapkan banyak cetusan idea yang bernas dikeluarkan. Yang Amat Berhormat Pehin Sri juga mengharapkan perhimpunan yang dikelolakan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan PPSMS itu mencapai objektif penganjurannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Moga-moga peluasan Program i-Think nanti dapat menjana & melahirkan murid yang inovatif. Penggunaan peta pemikiran dengan penerapan kemahiran berfikir dalam proses P&P adalah diharapkan bukan sahaja ia menggalakkan murid mempelajari kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bahkan juga belajar bekerja secara kolaboratif. Selain itu, pembelajaran sepanjang hayat dapat diterapkan, dan murid akan dilengkapi dengan kemahiran yang tepat bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Insya-Allah dengan berkat usaha gigih guru kita dan sokongan padu ibu bapa & masyarakat setempat, dapatlah kita melahirkan pemimpin yang kreatif & berinovatif pada masa hadapan. Insya-Allah.
ReplyDelete