Mukah merupakan
salah sebuah bahagian di negeri Sarawak dengan
keluasan 2,536 km2. Kawasan pentadbiran bahagian Mukah meliputi
bandar Mukah, pekan Balingian dan Selangau mengikut pembahagian kawasan terbaru,Dalat
turut dimasukkan dalam bahagian Mukah. Bandar Mukah yang didirikan di tepi
Sungai Batang Mukah berada
sejauh kira-kira 3.5 jam perjalanan dari Sibu. Ia dibuka oleh orang tempatan dan
kemudian ditadbir oleh residen ketika pemerintahan James Brooke. Mengikut
banci tahun 2000, penduduk Mukah berjumlah lebih kurang 47,900 orang dengan
kebanyakan mereka berbangsa Melanau.Mukah mempunyai banyak keunikan yang tersendiri seperti
makanan yang eksotik, budaya, kepercayaan, dan lain-lain. Mukah menjadi pusat
kebudayaan orang Melanau dan "Pesta Kaul" yang diraikan pada bulan
April oleh nelayan tempatan merupakan salah satu acara tahunan yang penting di
sini. Kawasan di persekitaran Mukah ialah tempat penanaman sagu yang
penting. Kini, pembandaran telah dilakukan dengan pesat untuk menarik pelabur
asing datang ke Mukah.
Menurut Laporan
Penyelidikan ’Etnografi Sejarah Sosio-Budaya Melanau : Hubungan Dengan Era
Brunei’ oleh Dzulfawati Haji Hassan, Felo Penyelidikan Akademi Pengajian
Brunei, Universiti Brunei Darussalam (1994 – 1995 : 2.2.1) dan sumber lisan
oleh Encik Bonaventure Hamdan Buyun seorang pengkaji sejarah Melanau menyatakan
bahawa asal usul nama Mukah wujud sekitar abad ke 17 apabila pedagang-pedagang
yang datang ke Mukah untuk berniaga. Pada masa tersebut kawasan Mukah hanya
dipanggil sebagai negeri ’Melano’ sahaja. Sungguhpun begitu kawasan Mukah telah
diduduki oleh orang-orang Melano beratus-ratus tahun lamanya sebelum pemimpin
bernama Tugau dikalahkan oleh orang-orang Brunei. Pada suatu waktu datanglah
kapal pedagang-pedagang dari Tanah Arab (Timur Tengah) ke kuala Sungai Melano
(Sungai Mukah).
Pedangang-pedagang dikatakan sampai ke kuala sungai pada waktu malam. Sebelum mereka dibenarkan masuk ke kuala, mereka terpaksa berlabuh di luar muara dahulu. Pada masa tersebut bulan sedang mengambang dengan indahnya di langit. Nakhoda kapal dan anak-anak buahnya keluar ke haluan perahu untuk melihat kawasan sekitar pantai tersebut. Sedang mereka asyik menikmati pemandangan pantai Mukah, tiba-tiba mereka terpandang wajah seorang wanita di tepi pantai tersebut. Wanita tersebut sedang berdiri sambil memandang ke arah kapal mereka. Wajah wanita tersebut sangat cantik dipandang, sama seperti bulan yang sedang mengambang penuh. Melihat wajah wanita tersebut, nakhoda dan anak-anak kapalnya seolah-olah terpukau oleh kecantikannya.
Tidak lama kemudian wanita tersebut hilang dari pandangan mereka di celah pokok-pokok yang meribun di pinggir pantai. Nakhoda tersebut terpegun seketika dengan pengalamannya itu. Keesokan paginya kapal tersebut pun masuk ke Mukah. Nakhoda bertanyakan kepada penduduk apakah nama tempat tersebut. Orang tempatan menyatakan tempat tersebut tiada bernama dan hanya dipanggil sebagai kawasan Melano sahaja. Nakhoda tersebut lalu teringat akan wajah dan muka wanita cantik yang dilihatnya malam semalam. Lalu nakhoda kapal terfikir untuk menamakan kawasan tersebut sebagai ’MUKA’ sempena muka atau wajah perempuan cantik yang pertama dilihatnya semasa masuk ke kawasan itu. Hal ini telah diberitahu kepada orang ramai dan mereka nampaknya bersetuju dengan nama yang diberikan. Lama kelamaan akibat perubahan masa dan pelat orang tempatan maka sebutan ’muka’ telah beralih kepada ’Mukah’.

No comments:
Post a Comment