PPSMS Mengarap Langkah Mentransformasi Pendidikan Negara



Bidang profesionalisme perguruan dan aspirasi rakyat terhadap sistem pendidikan dan kemenjadian murid merupakan fokus utama yang perlu diberi perhatian dalam transformasi pendidikan. Menyedari hakikat ini, usaha untuk memperkasa pendidikan, meningkatkan pencapaian serta mutu pendidikan sentiasa difikir dan dikaji.

PPSMS Sarawak sentiasa memikirkan keperluan tentang aspek ini. Oleh itu, satu persidangan pengurusan pendidikan sekolah menengah telah diadakan di Mukah bermula pada tarikh 24 hingga 27 JUN 2012. Dalam persidangan ini aspek kepimpinan yang berkualiti menjadi fokus dan ianya bertepatan dengan tema persidangan iaitu Kepimpinan yang kreatif dan inovatif Menjana Transformasi Pendidikan Negara. Sesungguhnya kepimpinan yang cemerlang akan memberi “output” yang sempurna kepada sesebuah organisasi. Menjadi seorang pemimpin bukan hanya sekadar membawa nama jawatan yang diduduki tetapi memikul amanah dan tanggunjawab yang sungguh besar. Menerusi Persidangan Pengurusan Pendidikan yang diadakan PPSMS sudah semestinya mampu melahirkan kumpulan kepimpinan yang mampu menjadikan profesion Perguruan sebagai profesion yang disegani.

No comments:

Post a Comment