Mukah Sebagai Lokasi Persidangan Pengurusan Pendidikan Tahun 2012


MUKAH, 24 Jun hingga 27 Jun 2012; Persidangan Pengurusan Pendidikan Sempena Mesyuarat Tahunan Persatuan Pengetua Sekolah Sarawak kali ke-47 diadakan di Kingwood Resort Mukah. Persidangan selama 4 hari bermula 24 Jun akan menghimpunkan seramai 183 orang pengetua dari seluruh sekolah menengah di Sarawak.Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak  akan merasmikan persidangan tersebut pada 25 JUN 2012.  Persidangan kali ini, pastinya akan memberi tumpuan ke arah melahirkan kepimpinan yang inovatif melonjakkan transformasi pendidikan negara. Sebagai pemimpin yang memegang amanah memimpin sesebuah institusi asas dalam sistem pendidikan negara, barisan pengetua di negeri ini mempunyai peranan yang sangat penting. Kejayaan transformasi pendidikan tergalas di bahu barisan pengetua. Selaku pengetua menjadi keutamaan kepada mereka untuk mengeluarkan impak dan outcome yang berkualiti. Bagi memastikan kejayaan transformasi pendidikan, barisan pengetua perlu lebih kreatif dan inovatif. Sesungguhnya kepimpinan yang inovatif melonjakkan transformasi pendidikan Negara.

Kepimpinan yang kreatif dan inovatif memerlukan komitmen dan keseriusan bagi menerapkan elemen kreatif dan inovatif dapat diterjemahkan dalam persekitaran kerja masing-masing. Melihat akan peri pentingnya sifat kreatif dan inovatif sebagai bekalan generasi muda untuk berdepan masa depan mereka dengan berkesan. Maka barisan pengetua dituntut untuk lebih inovatif dan kreatif. Justeru mereka sebagai peneraju utama sekolah yang tergalas di bahu mereka untuk memperlihat roh kecemerlangan dan roh pendidikan mampu dikembalikan.

1 comment:

  1. Moga kepimpinan berteladan dapat dipraktiskan kerana ia juga teras kesempurnaan pendidikan. Insya-Allah, kesepakatan yang diperolehi selama 4 hari ini akan dapat terus memartabatkan profesion keguruan yang murni ini....Tahniah & syabas!

    ReplyDelete